Lelaki Indonesia cedera dipukul dengan parang - Utusan Malaysia

Lelaki Indonesia cedera dipukul dengan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA – Seorang lelaki warga Indonesia cedera dikepala akibat dipukul dengan parang setelah didakwa mencuri durian di Felda Technoplant Tembangau 2, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, suspek lelaki Melayu yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai memukul kepala mangsa menggunakan bahagian belakang sebilah parang sehingga mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superitendan Mansor Samsudin berkata, suspek telah menuduh mangsa yang berusia 35 tahun itu mencuri durian miliknya di kawasan ladang sawit tanah rancangan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa memberitahu bahawa dia tidak mencuri durian dan suspek memukul kepalanya sehingga menerima enam jahitan.

“Pengadu kemudiannya beredar dan bergegas ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, mangsa dapat mengecam suspek yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 warna putih dengan ketinggian 170 sentimeter.

“Kita sedang menjejaki suspek bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada orang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini