Lebih ramai 'Ubi Kedah' dinaikkan harga - Utusan Malaysia

Lebih ramai ‘Ubi Kedah’ dinaikkan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam proses untuk meletakkan harga tebus nilai yang lebih berbaloi melibatkan beberapa lagi pemain pelapis pasukan itu pada masa akan datang.

Setiausaha Kehormatnya, Asmirul Anuar Aris berkata, KFA sudah mengenal pasti pemain-pemain tersebut dan akan melihat semula kontrak masing-masing untuk dilanjutkan berdasarkan prestasi yang dipamerkan mereka.

Menurutnya, usaha berkenaan dilakukan selepas pengurusan terkini KFA melihat keperluan untuk mengkaji semula kontrak-kontrak antara persatuan dengan pemain, jurulatih serta pihak luar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nama-nama mereka (pemain) yang akan diikat lebih lama dan dinaikkan harga tebus nilai tidak boleh didedahkan lagi kerana masih dalam peringkat penilaian, setakat ini hanya dua diumumkan iaitu Mohammad Fayadh Zulkifli Amin dan Mohd. Fadzrul Danel Mohd. Nizam.

“Ini antara langkah penyelesaian yang dilakukan untuk mengelak daripada KFA kehilangan pemain-pemain utama (pada harga yang tidak berbaloi) ke pasukan lain,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan negeri berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Proriders Auto (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Terdahulu dalam kenyataan yang dikeluarkan laman rasmi KFA, Asmirul Anuar mengumumkan Mohammad Fayadh dan Mohd. Fadzrul Danel kini memiliki harga tebus nilai berjumlah RM5 juta susulan lanjutan kontrak daripada tiga tahun kepada lima tahun terhadap kedua-dua pemain berusia 21 tahun itu.

Langkah tersebut ujar beliau, dibuat berdasarkan prestasi semasa kedua-dua pemain yang sedang membantu Lang Merah mengharungi aksi Liga Malaysia musim ini.

Selain itu, Asmirul berkata, proses lanjutan berkenaan juga sejajar dengan misi dan visi persatuan yang komited menjaga kebajikan serta bakat setiap pemain yang bernaung dibawah persatuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini