Latheefa perlu siasat semula kes projek terowong dasar laut - Utusan Malaysia

Latheefa perlu siasat semula kes projek terowong dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Latheefa Koya digesa untuk menjalankan semula siasatan kes projek terowong dasar laut dan tiga projek jalan raya di negeri ini.

Aktivis politik, Rahmad Ishak berkata, siasatan semula kes berkenaan perlu dilakukan atas dasar berpegang pada prinsip kedaulatan undang-undang dan amanah yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada beliau serta demi menjaga kepentingan awam.

“Rakyat negeri ini perlu mendapat keadilan dalam isu siasatan kes berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tambahan pula sebagai contoh mudah sebahagian daripada RM305 juta kos awal projek berkenaan telah dilunaskan melalui dua lot tanah kerajaan negeri yang juga adalah tanah rakyat kepada pihak konsortium, ia yang tidak sepatutnya berlaku malah perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri,” katanya di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini mengumumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu.

Walau bagaimanapun pelantikan itu menimbulkan kritikan pelbagai pihak kerana pengamal undang-undang tersebut merupakan ahli PKR.

Projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai lebih RM6 bilion yang dirancang kerajaan Negeri Pulau Pinang telah disiasat SPRM selepas dikaitkan dengan pelbagai kontroversi khususnya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan projek tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini