JAWA BARAT – Seramai lapan orang maut selepas kenderaan dinaiki berlanggar dengan kereta api Jayabaya di antara Stesen Haurgeulis-Cilegeh Indramayu, hari ini. Detik News melaporkan, dalam kejadian sekitar pukul 3.15 petang tersebut, salah seorang mangsa terkorban merupakan bayi. Menurut Ketua Polis Indramayu, Yoris Maulana, beliau sedang menuju ke hospital dan akan memaklumkan sebaik sahaja mendapatkan maklumat lanjut. Sementara itu, Pengurus Hubungan Masyarakat Daerah Operasi 3 Cirebon, Kuswardoyo memberitahu, kejadian itu…









