Kurangkan import makanan - Utusan Malaysia

Kurangkan import makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pas mencadangkan kepada kerajaan supaya segera meningkatkan usaha bagi mengurangkan import makanan negara yang kini mencecah kira-kira 70 peratus.

BAKRI JAMALUDDIN

Wakil Pas Melaka, Bakri Jamaluddin berkata, jumlah itu terlalu tinggi dan melibatkan perbelanjaan kira-kira RM40 bilion ke RM50 bilion yang mana jika tidak dibendung boleh membebankan kewangan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pas mencadangkan supaya meningkatkan produktiviti pertanian domestik dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada import.

“Negara mempunyai sumber tanah yang luas, banyak tanah-tanah terbiar yang boleh dimanfaatkan untuk pertanian,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota di sini hari ini.

Bakri berkata, usaha dalam bidang kajian perlu ditingkatkan bagi memajukan teknologi pertanian negara yang mapan demi memacu inovasi baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini