KPKT akan lantik Timbalan Pendakwa Raya kanan untuk inkues Adib - Utusan Malaysia

KPKT akan lantik Timbalan Pendakwa Raya kanan untuk inkues Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melantik seorang Timbalan Pendakwa Raya kanan daripada senarai cadangan pihak Peguam Negara, Tommy Thomas bagi mewakili kementerian dan Jabatan Bomba Malaysia untuk prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, ia dilakukan susulan daripada Syazlin Mansor yang mewakili jabatan menarik diri danTimbalan Pendakwa Raya itu akan bertindak bebas daripada pegawai yang menjalankan inkues tersebut.

Jelasnya, peguam negara juga telah secara sewajarnya memutuskan bahawa Timbalan Pendakwa Raya yang akan dilantik kelak akan menerima pakai kesemua bukti dan hujahan yang dikemukakan terdahulu dalam Mahkamah Koroner oleh Syazlin Mansor termasuk keterangan Prof. Dr. Shahrom Abd.Wahid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah bertemu Peguam Negara berkaitan pelantikan wakil perundangan untuk kementerian dan Jabatan Bomba Malaysia bagi mengikuti prosiding inkues yang sedang berlangsung.

“Kami telah bersepakat bahawa atas dasar kepentingan bagi pihak kementerian dan bomba agar Timbalan Pendakwa Raya turut mewakili kedua-dua entiti tersebut untuk merungkai tentang bagaimana seorang anggota beruniform kami mendapat kecederaan yang membawa maut sewaktu bertugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zuraida, pihaknya berharap agar tindakan tersebut akan menghentikan sebarang spekulasi tidak berasas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan inkues dapat diteruskan dengan baik tanpa gangguan.

Tambahnya, beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Shazlin diatas khidmat profesional yang diberikan atas dasar pro bono sepanjang prosiding inkues yang lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini