Konvoi Epik Fantastik ditonton lebih 32 juta kali - Utusan Malaysia

Konvoi Epik Fantastik ditonton lebih 32 juta kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Konvoi Epik Fantastik mendapat lebih 32.2 juta tontonan dalam kalangan warga maya setakat ini, sekali gus memecahkan rekod 23.1 juta tontonan untuk iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 2018.

Menurut TNB, di platform Youtube, Konvoi Epik Fantastik mencatat lebih lapan juta tontonan, Facebook dan Instagram (7.7 juta tontonan) serta Twitter dengan tontonan sebanyak 2.7 juta manakala tontonan dari portal dan platform digital lain adalah sebanyak 13.5 juta.

Katanya, jumlah tontonan di pelbagai platform media sosial itu menggambarkan iklan raya 2019 TNB menjadi antara pilihan utama netizen sejak pelancarannya 23 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Iklan tersebut memaparkan telatah Nabila dan keluarga besarnya berkonvoi sehari suntuk beraya ke semua 10 rumah adik beradik Tok Wannya. Ia menonjolkan tradisi kunjung mengunjungi dalam mengeratkan silatulrahim kekeluargaan, menjadi antara faktor kekuatan iklan raya tahun ini.

“Sepanjang perjalanan itu, dipaparkan pelbagai babak lucu serta mencuit nostalgia mereka yang pulang ke kampung meraikan Syawal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berdurasi lebih empat minit, iklan raya TNB kali ini memaparkan pemandangan indah negeri Perlis sepanjang perjalanan konvoi keluarga Nabila beraya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini