MADRID – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mula melancarkan serangan psikologi terhadap Tottenham Hotspur menjelang aksi final Liga Juara-Juara di Stadium Wanda Metropolitano awal pagi esok. Klopp menegaskan, pemain-pemain yang dibawa ke perlawanan akhir kali ini merupakan skuad terbaik pernah dibentuknya sejak mengemudi pasukan itu sekali gus mahu menebus kekalahan kepada Real Madrid musim lalu. Justeru, beliau berharap pasukan bimbingannya itu mampu membawa pulang trofi Liga Juara-Juara ke Anfield sekali gus…