Lokasi pekerjaan bukan syarat lanjut sewa PPR, PA DBKL

Lokasi pekerjaan bukan syarat lanjut sewa PPR, PA DBKL

Lokasi pekerjaan pemohon bukan antara syarat yang ditetapkan bagi permohonan lanjutan tempoh penyewaan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lokasi pekerjaan pemohon bukan antara syarat yang ditetapkan bagi permohonan lanjutan tempoh penyewaan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL berkata, antara syarat utama yang perlu dipatuhi ialah penyewa perlu menetap secara berterusan di unit rumah berke­naan sehingga tamat tempoh menduduki mengikut perjanjian penyewaan.

Katanya, penyewa tidak boleh memiliki rumah dalam radius 35 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur dan Lembah Klang manakala pendapatan isi rumah pula mestilah tidak melebihi RM6,000 sebulan.

“Syarat lain termasuk penyewa tidak boleh mempunyai tunggakan sewa atau air dan mereka diwajibkan mengemukakan per­mohonan lanjutan sekurang-ku­rangnya enam bulan sebelum tamat tempoh penyewaan semasa.

“Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat asas iaitu mestilah telah berkahwin,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, kira-kira 3,000 penduduk PA dan PPR berhadapan senarai pemutihan ekoran syarat baharu kontrak penyewaaan rumah DBKL yang menetapkan kelayakan tempat bekerja di ibu negara meskipun pejabat terletak dalam Lembah Klang.

Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai dilaporkan berkata, syarat baharu lain juga menimbulkan kebimba­ngan dalam kalangan penghuni ialah penetapan had pendapatan isi rumah meskipun mereka menampung kos sara kehidupan yang tinggi.

Katanya, hampir 3,000 peng­huni masih menanti jawapan rasmi DBKL berhubung penyam­bungan kontrak sekali gus me­nimbulkan kebimbangan terha­dap masa depan kediaman ma­sing-masing.

Sehingga Julai lalu, DBKL te­lah memproses sebanyak 3,379 permohonan lanjutan tempoh penyewaan dengan 3,031 diluluskan manakala 348 lagi ditolak kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×