VIDEO Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang berinteraksi dengan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, selepas bayi itu menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulutnya di London, United Kingdom minggu lalu meruntun hati ramai rakyat Malaysia. Video berdurasi selama 39 saat yang diiringi lagu kumpulan UNIC bertajuk Ainul Mardhiah itu memaparkan bayi berusia sembilan bulan dengan wayar yang ditebuk pada lehernya. Bayi itu menggerak-gerakkan lidah sambil matanya merenung tajam wajah…










