Ketulenan video seks masih disiasat - Utusan Malaysia

Ketulenan video seks masih disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Polis sedang menunggu keputusan ketulenan video seks yang dikaitkan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang tempoh masa yang ditetapkan untuk siasatan tersebut.

“Siasatan dijalankan hari-hari, kita tidak boleh beri sebarang ‘dateline’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biarlah siasatan jadi sempurna,” katanya selepas Majlis Penanugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan dan Komuniti, Datuk Rosli Ab Rahman.

Menurut Mazlan, pihaknya kemungkinan akan memanggil mana-mana individu bagi membantu siasatan.

“Ini kerana siasatan dibuat secara menyeluruh, sesiapa sahaja akan dipanggil.

“Sehingga kini, kita menerima 17 laporan polis dan 21 individu telah dipanggil bagi kes itu,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini