Ketegasan PM tarik audiens - Utusan Malaysia

Ketegasan PM tarik audiens

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

United Kingdom – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menarik perhatian dewan de­ngan ketajaman percakapan dan selorohnya sewaktu menyam­paikan syarahannya bertajuk Demokrasi di Malaysia dan Asia Tenggara di Cambridge Union, United Kingdom (UK) kelmarin.

Suasana bising sekumpulan kecil penunjuk perasaan di luar, bagaimanapun terus tenggelam dengan syarahan tanpa teks Dr. Mahathir mengenai kisah dari zaman penjajahan British hingga ke masalah yang dihadapi ne­gara dan dunia pada masa kini.

Sebahagian yang hadir menyatakan, syarahan itu tidak banyak berbeza dengan yang disampaikan di Oxford Union Januari lalu, kerana Perdana Menteri berusia 93 tahun itu tetap dalam pen­diriannya dalam banyak isu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia termasuklah isu pem­bangunan negara regim Israel atas ke­sengsaraan dan keke­jaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dan pendirian negara terhadap LGBT.

Beliau juga turut menceritakan bagaimana Malaysia me­ngubah tumpuannya daripada Barat ke Timur dan kegusaran terhadap peminggiran negara-negara kecil oleh negara besar.

Dalam pada itu, mereka yang hadir pada siri syarahan itu juga tertarik apabila Perdana Menteri menyatakan dalam bahasa Inggeris, mereka tidak maksudkan apa yang mereka katakan.

“Sebagai contoh, di Parlimen, Speaker Dewan tidak dibenarkan untuk bercakap. Malaysia adalah anggota ‘Commonwealth’, namun tidak banyak persamaan (common) dan kekayaan (wealth) yang dikuasai negara tertentu.

“Inggeris akui Sultan orang Melayu sebagai pemerintah, namun mereka tidak mempu­nyai kuasa. Jadi apabila mereka mengkritik kita sebagai diktator, saya rasa mereka tidak maksudkannya,” katanya sambil disambut dengan ketawa dan tepukan.

Ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan masih menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir dengan bersahaja menjawab: “Ia bergantung pada anda, jika anda undi kami, kami akan kembali.” – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini