Kerjasama Pas-UMNO capai kemuncak dimuktamadkan - Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

Kerjasama Pas-UMNO capai kemuncak dimuktamadkan – Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jun – Kerjasama Pas-UMNO melibatkan isu-isu berkepentingan Melayu dan Islam terutama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dijangka mencapai kemuncak untuk dimuktamadkan dalam Muktamar Pas hujung minggu ini di Kuantan.

Tuan Ibrahim Tuan Man

“Kita perlu mendapatkan mandat (daripada perwakilan dan ahli Pas) dalam muktamar (ini) untuk meneruskan muafakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan adakan usul dalam muktamar kali ini mengenai kerjasama tersebut,” kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada Utusan Malaysia dalam satu wawancara khas yang disiarkan hari ini, Tuan Ibrahim menegaskan, tanggapan bahawa tindakan Pas bekerjasama dengan UMNO umpama bekerjasama dengan `perompak dan lanun’ hanyalah tuduhan politik untuk menggagalkan kerjasama dua parti Melayu terbesar itu.

“Kalau betul dakwaan itu tangkaplah sebab mereka (Pakatan Harapan) kerajaan sekarang.

“Apabila tiada tindakan diambil, ini hanya tuduhan politik sebab itu bila kita adakan kerjasama, kita (Pas) telah sebut tidak akan sokong agenda batil dan kita tidak akan berkompromi kalau ada yang terlibat, mereka tidak akan dipertahankan,” kata beliau.

Wawancara penuh dengan Tuan Ibrahim boleh diikuti dalam Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini