Kerajaan negeri perlu ambil perhatian memorandum bantahan jajaran LRT Bayan Lepas - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri perlu ambil perhatian memorandum bantahan jajaran LRT Bayan Lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Kerajaan negeri diminta agar mengambil perhatian yang serius mengenai memorandum bantahan cadangan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas yang dikemukakan oleh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Sungai Nibong Besar semalam.

Aktivis politik, Rahmad Ishak berkata, ini kerana isu berkenaan wajar diselesaikan segera dengan jajaran LRT itu dikembalikan kepada pelan asal tanpa menceroboh sebahagian daripada tapak asal masjid berkenaan serta tanah perkuburan umat Islam di situ.

“Memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan negeri perlu dianalisa dari sudut kewajarannya di samping menggambil kira kehendak lebih 5,000 ahli kariah masjid berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah pembinaan semula masjid baharu Sungai Nibong Besar yang tergendala perlu disegerakan pembangunanya demi kepentingan kariah yang juga adalah pengundi berdaftar di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, lebih 100 umat Islam mengadakan demonstrasi aman di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini bagi membantah cadangan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas di kawasan hadapan masjid tersebut.

Jajaran LRT Bayan Lepas didakwa akan menjejaskan tanah wakaf masjid dan tanah wakaf perkuburan di situ.

Baru-baru ini tular gambar yang menunjukkan kerja-kerja menanda tanah dijalankan di kawasan masjid dan tanah perkuburan di situ sehingga mencetuskan kebimbangan kariah masjid berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini