Kementerian kesal dengan kenyataan MTUC di Geneva - Utusan Malaysia

Kementerian kesal dengan kenyataan MTUC di Geneva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Kementerian Sumber Manusia kesal dengan kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa ia akan mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar Malaysia meratifikasi Konvensyen 87 (C87), yang menyentuh tentang kebebasan asas persatuan semua pekerja, termasuk pekerja asing.

Kementerian dalam kenyataan memberitahu, pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 telah dicadangkan berdasarkan prinsip yang selari dengan C87.

“Kemungkinan MTUC telah melupakan pendiriannya sendiri yang menolak prinsip C87, kebebasan yang boleh membawa kepada perpecahan kesatuan di tempat kerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan meratifikasi C87 bermakna perlu patuh terhadap semua prinsip konvensyen itu. MTUC tidak boleh memilih dengan meminta kerajaan meratifikasi C87 sementara mereka sendiri membantah prinsip yang ada di dalamnya,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Khamis lalu, Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon yang bercakap pada persidangan ulang tahun ke-100 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva meminta pusat buruh global PBB berusaha sedaya-upaya agar Malaysia meratifikasi C87.

Tambah kenyataan itu, kementerian telah mengadakan perbincangan secara meluas dengan pihak berkepentingan mengenai pembaharuan undang-undang buruh.

“Malah, kementerian dengan bantuan ILO di Kuala Lumpur telah mendapatkan perkhidmatan pakar C87, yang terpaksa terbang dari Geneva, untuk menjelaskan dan membantu mengaplikasikan prinsip C87,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini