Kem pendatang Papua New Guinea terbakar - Utusan Malaysia

Kem pendatang Papua New Guinea terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT MORESBY – Kem yang menempatkan pelarian dan pencari suaka di Papua New Guinea sebelum dihantar di bawah polisi imigresen dibakar hari ini.

API kelihatan di kem Perkarangan Hillside di Pulau Manus, Papua New Guinea. – AFP

Seorang lelaki telah membakar dirinya ketika kekecewaan yang makin meningkat dalam kalangan penghuni kem.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ratusan pelarian dan pencari suaka ditahan dalam kem yang memproses mereka di kepulauan terpencil, Nauru dan Papua New Guinea selepas cuba memasuki Australia menerusi laut.

Pendukung pelarian memberitahu, berlaku peningkatan cubaan mencederakan dan bunuh diri di Pulau Manus selepas pembangkang daripada parti Buruh yang diharapkan akan memberi layanan lebih baik, gagal memenangi pilihan raya Mei lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini