KUALA LUMPUR – Malaysia memenangi dua perlawanan menentang pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi selepas menundukkan Nepal 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tahap 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini malam tadi. Dua gol masing-masing dijaringkan Muhammad Safawi Rasid dan Shahrul Mohd Saad dalam separuh masa kedua melengkapkan kemenangan Harimau Malaya dengan pasukan di ranking 161 dunia selepas kemenangan 2-1 ke atas Afghanistan (ranking ke-149) dalam perlawanan “play-off” menentukan…










