SUMATERA UTARA 21 Jun – Sebanyak 30 mangsa yang rentung dalam kebakaran sebuah gudang mancis di Binjai ditemukan dalam keadaan menyayat hati.
Lapor Kompas, sebanyak 10 jenazah ditemukan dalam keadaan berhimpit dalam satu ruangan gudang tersebut.
Beberapa jenazah lain termasuk kanak-kanak ditemukan di ruangan lain seperti dapur.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Itu yang dalam satu bilik ada 10 jenazah, di lokasi lain ada sekitar 10 lagi, ada di dapur. Mungkin sampai 20 orang korban,” kata petugas Damkar.
Ketua Polis Daerah Binjai, AKBP Nugroho Tri Nuryanto mengesahkan mangsa rentung dalam ruangan gudang tersebut.
“Tiada jalan keluar ketika kejadian dan mangsa dipercayai terkunci,” katanya. – AGENSI











