KUALA LUMPUR 3 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mencari formula, sistem mahupun prosedur baharu untuk mengekang lambakan kemasukan warga asing ke negara ini khususny dari negara Afrika. Bekas Ketua Imigresen Operasi KLIA, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata antara sistem yang boleh digunakan ialah “Advance Passengers Clearance”, iaitu satu sistem bagi mengenalpasti rekod-rekod jenayah melibatkan pelawat luar yang memasuki Malaysia. Katanya, pendekatan baharu perlu dicari memandangkan jumlah kemasukan…










