Kaum lain jangan bimbang dasar Islam - Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

Kaum lain jangan bimbang dasar Islam – Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Tema ‘Demi Islam’ yang dibawa Pemuda Pas dalam Muktamar Tahunannya kali ini bukan bermaksud kepentingan kaum-kaum lain diketepikan dalam perjuangan atau pentadbiran parti berkenaan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Islam adalah agama yang membawa rahmah kepada semua yang mana tiada elemen untuk mengetepikan agama lain kerana dasar Islam itu sendiri memberi penghargaan kepada semua kaum dan agama.

“Contohnya apabila Pas menang di Kelantan, kerajaan negeri mengisytiharkan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ dan tiada aduan pun orang bukan Islam yang berasa tersinggung, diabaikan hak, budaya atau makan dan minum mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kononasi ‘Demi Islam ‘ itu bukan bermakna mengetepikan tetapi Islam ini membina dan menjamin keharmonian serta hak-hak kaum lain. Bukan Islam tidak perlu bimbang atas dasar Islam,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-60 di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Persidangan yang dihadiri seramai 721 perwakilan itu berlangsung dua hari berakhir esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini