Kanak-kanak dua tahun maut terkena kipas siling - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dua tahun maut terkena kipas siling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA – Tindakan seorang lelaki warga Myanmar yang melambung anak saudaranya ketika bermain berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak berusia dua tahun itu meninggal dunia selepas kepalanya terkena kipas siling di sebuah rumah di Tasik Tambahan Ampang, Ampang di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam sewaktu lelaki berusia 25 tahun itu bermain dengan anak saudaranya yang sedang menangis di bahagian dapur rumah mereka.

“Sewaktu sedang bermain dengan kanak-kanak berkenaan, lelaki itu telah melambung anak saudaranya lalu terkena kipas siling mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa telah membawa bayi berkenaan ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noor Azmi, kanak-kanak berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital keesokan harinya dan laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kecederan parah akibat trauma objek tumpul pada kepala.

“Susulan itu, bapa mangsa yang berada di Butterworth, Pulau Pinang di atas urusan kerja telah membuat satu laporan polis selepas dimaklumkan oleh isterinya berhubung kejadian.

“Bertindak di atas maklumat yang diterima, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas lelaki Myanmar tersebut di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam dan suspek kini direman tujuh hari sehingga 25 Jun depan,” jelas beliau.

Tambah Noor Azmi, siasatan berhubung kejadian masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini