IPOH – Pengendali Perak, Mehmed Durakovic mengakui skuad The Bos Gaurus sepatutnya melakar kemenangan dengan jaringan lebih besar ke atas Terengganu FC dalam aksi Liga Super 2019 di Stadium Perak, di sini semalam. Beliau berkata banyak peluang dihasilkan sepanjang 90 minit permainan namun hanya tiga jaringan berjaya disudahkan oleh anak buahnya. “Secara jujurnya, kita boleh hasilkan empat atau lima gol dalam perlawanan ini berdasarkan peluang yang terhidang di hadapan gawang…










