Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM24.83 bilion daripada RM26.60 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia merosot kepada RM14.51 bilion daripada RM15.92 bilion.

Terdahulu, BNM mengeluarkan tiga tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard, satu Bil Antara Bank-Bank Negara (BNIB) dan satu Bil Antara Bank-Bank Negara – Islam (BNIBI).

Memuatkan artikel berkaitan…

BNM turut menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM23.10 bilion kepada RM23.70 bilion dan tender semalaman Murabahah daripada RM12.2 bilion kepada RM13.5 bilion.

Pada pukul 4 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional RM23.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM13.50 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing ditambat pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini