JITRA – Seorang jururawat yang menunggang skuter maut selepas dipercayai terlanggar tali kain rentang dalam kejadian di simpang tiga berdekatan sebuah pasar raya, Jalan Pekan Jitra 2, di sini, malam tadi. SITI ROFIDAH MD. KHIR Dalam kejadian pada pukul 10.15 malam itu, mangsa, Siti Rofidah Md. Khir, 27, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli kelengkapan untuk membuat kuih raya. Siti Rofidah yang mengalami kecederaan parah di bahagian leher dikejarkan…










