TELUK INTAN – Banjir di tiga buah kampung di Changkat Jong di sini beransur pulih apabila jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sehingga pukul 10 pagi ini menurun kepada 66 orang berbanding 127 orang semalam. Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hilir Perak berkata, sebanyak 17 keluarga masih menduduki pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong sejak ia mula dibuka kelmarin. Katanya, tiga buah kampung terjejas…










