Jualan kereta nasional dijangka memberangsangkan - Utusan Malaysia

Jualan kereta nasional dijangka memberangsangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – AmInvestment Bank hari ini mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor automobil dengan menjangkakan jumlah jualan kereta nasional akan terus mencatat angka memberangsangkan bagi tempoh sepanjang 2019.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, ia berkata, buat pertama kali sejak 2014, sektor itu akan menyaksikan perubahan radikal apabila bahagian pasaran kereta nasional terbukti dengan mudah melepasi kereta bukan tempatan.

“Permintaan kukuh dan berterusan terhadap Perodua Myvi and Axia beserta model Proton berharga kompetitif seperti Persona dan Iriz akan terus memacu sektor automobil tempatan dalam tempoh jangka pendek,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada Mei 2019 turut melonjak 22 peratus bagi bulan ke bulan dan 41 peratus tahun ke tahun yang merupakan satu angka rekod tertinggi baharu selepas tempoh tanpa cukai pada 2018 kepada 60,800 unit.

AmInvestment berkata, prestasi cemerlang Proton pada Mei 2019 itu meletakkan syarikat itu di tempat kedua selepas Perodua dari segi bahagian pasaran untuk bulan tersebut.

“Proton berjaya meraih 17 peratus daripada bahagian pasaran pada Mei 2019. Kami percaya ini disebabkan oleh tiga faktor – rebat dan diskaun musim perayaan Aidilfitri, bulan pertama penghantaran unit Persona dan Iriz yang ditambah baik serta jualan Saga yang melebihi jangkaan iaitu lebih 3,600 unit bagi bulan itu,” katanya.

– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini