Selamat Hari Raya Aidilfitri. Selepas ketiadaan kedua ibubapa, sempena menjelang 1 Syawal kami semua adik beradik akan berkumpul di rumah kakak yang tua di Taman Perumahan Awam Batu Gajah meraikan Hari Raya Aidilfitri kecuali seorang abang yang berhari raya bersama keluarganya di Sarawak. Kebiasaannya selepas solat sunat Aidilfitri kami mula berkumpul di rumah kakak kerana kami semua tinggal di sekitar Ipoh dan Seri Manjung. Suasana amat meriah.










