Jho Low belum ditahan - KPN - Utusan Malaysia

Jho Low belum ditahan – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia menafikan dakwaan bahawa ahli perniagaaan, Low Taek Jho atau Jho Low telah ditahan Kerajaaan China seperti yang tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, mesej yang tular tersebut tidak benar.

“Kita masih dalam usaha untuk menahan ahli perniagaan terbabit, namun belum ada apa-apa yang diputuskan lagi sehingga kini. Mesej tersebut adalah tidak benar,” jawabnya ringkas dalam satu kenyataan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, mesej tersebut yang bermaksud, ‘Berita tergempar dari Insider: – Jho Low sudah ditahan oleh Kerajaan China dan akan dibawa pulang oleh RMAF (Tentera Udara Diraja Malaysia) menerusia KLIA. Susulan daripada perbincangan berhubung isu Huawei oleh Mahathir. Perkara itu diklasifikasikan sebagai sulit buat masa ini.’ tersebar di media sosial sejak petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini