KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan 30,200 jemaah haji yang bakal menjalani ibadah itu pada musim haji 1440/2019M menyertai Kursus Perdana Haji yang diadakan di seluruh negara secara berperingkat bermula hari ini hingga 29 Jun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, kursus yang berlangsung selama dua hari satu malam itu adalah yang terakhir anjuran TH sebagai ulang kaji dan pelengkap kursus-kursus haji yang dikendalikan TH di seluruh negara sebelum ini.
Katanya, menerusi kursus itu, bakal jemaah haji berkenaan akan diberikan informasi terkini oleh 56 Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (Pekta) sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini











