MELAKA – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kedudukan mereka selaku Juara Liga Super 2019 selepas berjaya menundukkan Melaka United (MU) 2-1 dalam perlawanan di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, sebentar tadi. Kemenangan tipis itu sudah memadai bagi melayakkan JDT merangkul kejuaraan kali keenam berturut-turut sejak 2014 sekali gus mencipta sejarah baharu dalam saingan Liga Super di negara ini. Dengan kemenangan pada perlawanan ke-18 liga itu, JDT kini mengumpul keseluruhan…










