JDT juara Liga Super buat kali keenam - Utusan Malaysia

JDT juara Liga Super buat kali keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super 2019 sekali gus melakar sejarah bola sepak tanah air sebagai satu-satunya pasukan memenangi gelaran itu buat kali keenam berturut-turut selepas menundukkan Melaka 2-1, malam ini.

Kejayaan anak buah ketua jurulatih, Benjamin Mora di Stadium Hang Jebat itu membolehkan JDT mengumpul 46 mata dan menamatkan perebutan takhta lebih awal dengan baki empat perlawanan liga.

Lebih manis, kejayaan bersejarah skuad ‘Harimau Selatan’, malam ini dilengkapi dengan rekod bersih tanpa kalah selepas merakamkan 14 kemenangan dalam 18 perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pencabar terdekat, Pahang yang mengumpul 30 mata selepas 17 aksi setakat ini terpaksa akur apabila tidak lagi mampu mencabar meskipun meraih mata penuh dalam baki lima perlawanan mereka, musim ini.

Pada aksi malam ini, dua gol JDT dijaringkan Muhamad Nazmi Faiz Mansor seawal minit ketujuh, sebelum penyerang import, Diogo Luis Santo menampilkan kemahiran mengawal bola yang baik untuk meledak gol ke-10 peribadinya, musim ini pada minit ke-27. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini