Janganlah seperti Otai Reformis - Daroyah - Utusan Malaysia

Janganlah seperti Otai Reformis – Daroyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Wanita PKR menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang menyebarkan video seks sejenis melibatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Azizi dengan seorang individu mirip Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

DAROYAH ALWI

Timbalan Ketuanya, Dr. Daroyah Alwi berkata, penyebaran video itu juga perlu dihentikan kerana ia turut mengganggu tugas membangunkan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mahu penyebaran video fitnah ini dihentikan dan kita mahu polis meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mencari siapakah dalang menyebarkan video ini,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today hari ini.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sementara itu, Daroyah meminta setiap ahli PKR tidak menolak persoalan yang ditimbulkan oleh Mohamed Azmin sebelum ini iaitu bagaimana video tersebut boleh tersebar kepada ketua-ketua cabang PKR di seluruh negara.

“Kita memang persoalkan bagaimana semua nama-nama ketua cabang ada dalam kumpulan WhatsApp yang dibuat untuk menyebarkan video seks berkenaan. Ada kebenarannya dan parti perlu jawab,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar ahli-ahli parti supaya bersikap adil kerana tindakan juga harus diambil terhadap Haziq Abdullah sekiranya Mohamed Azmin diminta melepaskan jawatan.

“Janganlah seperti Otai Reformis yang meminta tindakan diambil terhadap timbalan presiden tetapi hanya sebelah pihak sahaja,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini