“AWAK tak boleh senang-senang masuk dalam keluarga saya,” kata Sharifah Amani saat berkongsi mengenai citarasa dan kriteria lelaki pilihannya dalam soal jodoh. Santai bercerita diselangi jenaka bersahaja, pelakon ini sedar saat usianya mencecah angka 33 tahun, soalan mengenai calon suami pastinya tidak pernah lekang diajukan. “Sudah faham sangat, tapi saya okey sahaja. Tak pernah marah atau rasa ia menjengkelkan walaupun saya rasa golongan wanita tidak perlu mengejar perkahwinan semata-mata. …