Suspek bunuh Charlie Kirk ditahan selepas keluarga minta serah diri

Suspek bunuh Charlie Kirk ditahan selepas keluarga minta serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTAH: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengumumkan menahan lelaki yang dituduh membunuh aktivis terkemuka, Charlie Kirk, selepas ahli keluarga membantunya menyerah diri, sekali gus menamatkan usaha pemburuan.

Penahanan lelaki berusia 22 tahun itu dimaklumkan Gabenor Utah, Spencer Cox, pada sidang media semalam.

Cox mengenal pasti suspek sebagai Tyler Robinson, dan tangkapan dibuat selepas seorang ahli keluarganya menghubungi rakan, yang kemudian memberitahu polis.

Kirk, 31, ditembak di leher ketika berucap di hadapan orang ramai di Universiti Utah Valley di bandar Orem.

Beliau merupakan figura berpengaruh dalam kalangan sayap kanan AS, dengan pengikut ramai, yang membantu Presiden Donald Trump menarik sokongan belia dalam kemenangan pilihan raya November lalu.

Trump menganggap pembunuhan sekutunya sebagai perkara penting di peringkat nasional, dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang serta menyatakan aka menghadiri pengebumian Kirk.

Walaupun pihak berkuasa tidak mengetahui motif tindakan Robinson, Cox menegaskan slogan anti fasis tertera pada dua kelongsong peluru yang tidak digunakan ketika ditemukan.

Salah satu kelongsong tertulis ‘Hey, fascist! Catch!’ dan satu lagi memaparkan ‘Bella ciao’, dipercayai merujuk kepada lagu anti fasis Itali era Perang Dunia II.

Butiran mengenai Robinson mula tersebar pada Jumaat, termasuk gambar seorang lelaki dari keluarga Republikan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN