Jangan bazir wang untuk bintang veteran - Utusan Malaysia

Jangan bazir wang untuk bintang veteran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Wayne Rooney berharap Manchester United tidak akan membazirkan wang untuk membawa masuk pemain veteran seperti Cristiano Ronaldo atau Gareth Bale.

The Red Devils kini dalam era baharu di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang dikatakan sedang memburu beberapa bintang utama bagi memperkuatkan pasukan itu.

United sedang dalam proses untuk membina semula pasukan bagi mencabar Manchester City yang cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan pada masa sama The Red Devils gagal ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedukaan United bertambah selepas musuh tradisi mereka, Liverpool merangkul kejuaraan Eropah keenam dan perkara itu membuatkan mereka mahu kembali ke era kecemerlangan mereka seperti sebelum ini.

Rooney yang juga bekas pemain United berkata, kelab itu perlu bersabar dan membentuk pasukan untuk jangka masa panjang berbanding mengambil jalan pintas dengan memabwa masuk bintang-bintang besar.

“Solskjaer perlu membina semula pasukan ini dan saua tidak rasa dengan membawa satu atau dua pemain besar akan mengubah nasib pasukan.

“Dia memerlukan lima atau enam pemain yang berpotensi untuk dikembangkan.

“Dia mungkin boleh mendapatkan Ronaldo, Sergio Ramos, Lionel Messi atau Bale tetapi memerlukan kos yang sangat besar.

“Tidak perlu untuk berbelanja besar untuk pemain seperti Ronaldo, Ramos atau Bale yang hanya boleh digunakan untuk satu atau dua musim sahaja,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini