LAHAD DATU 3 Jun – Seorang isteri bertindak ganas dengan membelasah suaminya menggunakan batang besi dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Panji di sini Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa berusia 38 tahun dikatakan sedang menonton televisyen, manakala isterinya berlegar-legar dari bilik tidur ke ruang tamu sambil mencari talian telefon bimbitnya kerana sedang bermain judi dalam talian.…










