Iran beri dua amaran sebelum tembak dron AS - Utusan Malaysia

Iran beri dua amaran sebelum tembak dron AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN 21 Jun – Iran memberikan dua amaran sebelum menembak jatuh dron pemantau Amerika Syarikat (AS) di Teluk Oman semalam.

Komander Pengawal Revolusi Sayap Aeroangkasa, Brigadier Jeneral Amirali Hajizadeh berkata, dua kali amaran dihantar.

Katanya, meskipun dron tanpa juruterbang yang ditembak jatuh semalam, mereka mempunyai sistem amaran dan komunikasi lain dihantar kepada operatornya di AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dron itu mempunyai sistem yang membernarkan menghantar signal dan maklumat diterima kepada sistem sentral sendiri.

“Malangnya, apabila mereka gagal memberi maklum balas dan tentera menghantar amaran kedua pada 3.55 pagi malah dron semakin menghampiri lantas ia ditembak pukul 4.05 pagi,” katanya.

Tegasnya, arahan tembakan diberikan hanya selepas dron itu memasuki ruang udara Iran.

Washington pula menyatakan dron itu terbang di atas perairan antarabangsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini