MILAN – Jurulatih baharu Inter Milan, Antonio Conte enggan mengesahkan spekulasi yang me-ngaitkan kelab Serie A tersebut dengan dua penyerang Manchester United, Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez pada musim panas ini. Lukaku dan Sanchez sebelum ini dilaporkan berada dalam radar Inter sebelum Conte dilantik menggantikan Luciano Spalletti minggu lalu. Perubahan itu gagal memadam spekulasi tersebut selepas skuad The Nerazzurri dilihat menjadi destinasi yang sesuai buat Lukaku dan Sanchez kerana layak…










