JARI-JEMARINYA ligat memutar dua biji bola, manakala matanya pula leka menonton drama pada tablet pintar di atas meja. Putaran yang dilakukan oleh pemuda bernama Kalani Ahmad itu secara tidak langsung berjaya menonjolkan bahawa dia merupakan seorang pemain bola keranjang freestyler. Ternyata pemuda berusia 32 tahun ini mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang tersebut apabila dia bukan sahaja boleh memutarkan satu atau dua biji bola dalam satu masa, tetapi enam.…










