IKEA akan hantar 'penyiasat kebahagiaan' ke Copenhagen - Utusan Malaysia

IKEA akan hantar ‘penyiasat kebahagiaan’ ke Copenhagen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN – Bandar Copenhagen merupakan satu daripada 10 bandar yang paling sesuai didiami, malah Denmark turut terkenal sebagai negara yang warganegaranya menjalani hidup berkualiti, demikian menurut Indeks Kebahagiaan Global 2018.

Denmark juga berada di tempat kedua dalam senarai negara paling bahagia di Bumi oleh Laporan Kebahagiaan Dunia 2019.

Kini, gedung perabot terkemuka dari Sweden, IKEA mahu menghantar penyiasat untuk tinggal di Copenhagen selama dua minggu pada September depan untuk mencari punca yang menyebabkan penduduknya begitu gembira.

Memuatkan artikel berkaitan…

IKEA akan membiayai kos perjalanan calon tersebut yang dipilih menerusi sebuah peraduan. Dia akan tinggal di sebuah apartmen di Denmark berserta perabot IKEA dan menerima gaji dalam mata wang negara itu.

Bagaimanapun, peraduan itu tidak menjelaskan berapa jumlah gaji tersebut.

“Kos keseluruhan bagi menghantar pemenang ke Copenhagen dianggarkan bernilai AS$8,000 (RM33,203) termasuk gaji, tambang penerbangan, tempat tinggal, insurans dan lain-lain,” kata seorang jurucakap IKEA kepada saluran berita CNBC Make.

“Penyiasat kebahagiaan kami akan bertemu dengan masyarakat Denmark dan pakar-pakar gaya hidup.

“Matlamatnya adalah untuk mempersiapkan penyiasat kebahagiaan itu supaya dia dapat menjawab soalan ini: Dari manakah warga Denmark memperoleh kebahagiaan mereka? Adakah ia berkaitan dengan cara mereka menjalani kehidupan harian dan berinteraksi?” katanya.

Pemenang akan mendapat khidmat pemandu pelancong, penerangan, makan malam dan masa untuk meneroka bandar itu secara bersendirian, demikian menurut maklumat peraduan tersebut.

Calon yang terpilih juga akan menikmati bebola daging Sweden, kottbulla secara percuma di restoran IKEA di sana.

Peserta perlu mempunyai sekurang-kurangnya kemahiran asas berbahasa Inggeris serta berusia 18 tahun dan ke atas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini