BERLIN – Bayern Munich mengesahkan, hari ini, bahawa pertahanan veteran, Mats Hummels kembali ke pangkuan Borussia Dortmund, selepas Bayern melakukan rombakan besar-besaran ke atas skuad mereka bagi menghadapi musim baru.
Bayern mengesahkan pemergian Hummel kepada AFP selepas majalah sukan Jerman, Kicker melaporkan Dortmund telahpun menandatangani pertahanan itu menerus perjanjian tiga tahun dengan anggaran yuran perpindahan bernilai 38 juta euro (RM140 juta).
Pertahanan berusia 30 tahun itu telah memenangi gelaran Bundesliga sebanyak dua kali bersama Dortmund sebelum menyertai Bayern dengan harga 35 juta euro (RM163 juta) pada 2016.
Sejak itu, Hummels melakukan 118 penampilan bersama Bayern dalam tempoh tiga tahun, memenangi tiga gelaran Bundesliga dan dua trofi domestik pada 2019.
Selepas Arjen Robben, Franck Ribery dan Rafinha, Hummels adalah pemain senior terbaharu yang meninggalkan Bayern.
Meskipun, mempamerkan persembahan mantap bagi musim 2018/19, masa depan Hummel di Munich menjadi tanda tanya selepas Bayern melakukan pembelian dua pemain pertahanan berprofil tinggi sebagai sebahagian daripada rombakan besar-besaran menjelang musim baru. – AFP











