MADRID – Eden Hazard akhirnya memenuhi impian untuk berpindah ke Real Madrid selepas Real mengesahkan dia sudah menandatangani perjanjian lima tahun.
Perancang utama Belgium itu akan diperkenalkan sebagai pemain Los Blancos secara rasmi pada 13 Jun ini selepas lulus ujian kesihatan.
Kedua-dua pasukan dikatakan mencapai persetujuan dengan yuran perpindahan 130 juta pound (RM686 juta), termasuk jumlah tambahan 88.5 juta pound (RM468 juta).
Hazard, 28, akan memakai jersi No. 7 milik Cristiano Ronaldo selepas Real enggan memberikan nombor kegemarannya iaitu 10 yang kini dipakai pemenang Ballon d’Or, Luka Modric.
“Meninggalkan Chelsea adalah keputusan besar dan amat berat dalam karier saya.
“Saya menikmati setiap detik bersama Chelsea dan tidak pernah sekalipun saya akan meninggalkan pasukan ini untuk kelab lain (selain Real Madrid).
“Chelsea, terutama penyokong Chelsea akan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati saya dan musim depan, saya akan sentiasa mengikuti perkembangan anda.
“Saya harap kita diundi bersama dalam Liga Juara-Juara, jadi kita dapat bertemu lagi setiap musim,” tulis Hazard dalam Facebook. – AGENSI










