KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui kemenangan besar 7-1 ke atas Timor Leste pada aksi playoff pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin masih belum sempurna. Kata Cheng Hoe, apa yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya sangat memuaskan tetapi masih belum layak untuk mengiktiraf kemenangan tersebut sebagai sempurna kerana ada beberapa kelemahan ketara perlu diperbaiki. “Secara jujur, saya…










