Hapuskan cawangan UMNO, hanya kekalkan PDM - Utusan Malaysia

Hapuskan cawangan UMNO, hanya kekalkan PDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar mencadangkan agar cawangan parti itu seluruh negara dihapuskan dengan mengekalkan Pusat Dearah Mengundi (PDM) sahaja di kawasan-kawasan parlimen.

Katanya, cadangan tersebut adalah antara langkah untuk mengukuhkan parti selain menghapuskan penguasaan ‘warlord’ di bahagian-bahagian serta mengurangkan kos menguruskan sesebuah cawangan.

Ujarnya, pada masa ini, terdapat lebih 20,000 cawangan UMNO di seluruh negara yang kebanyakkannya dikuasai oleh ‘warlord-warlord’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh, di satu-satu cawangan itu, jika tidak mengundi pemimpin mereka di peringkat bahagian, ada dalam kalangan mereka tubuh pula cawangan baharu dan situasi itu terus berulang untuk mengekalkan ‘warlord’ ini.

“Semua ini hanya boleh menjahanamkan UMNO sahaja. Sepatutnya kita ikut PDM yang telah ditetapkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

PDM itu dilihat lebih berkesan daripada wujudnya terlalu banyak cawangan,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Arau di Hotel Putra Regency di sini hari ini.

Persidangan tersebut dirasmikan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Shahar Abdullah.

Sementara itu, Syed Atif berkata, tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bercuti sudah memasuki tempoh hampir satu tahun boleh merencatkan pentadbiran serta perjalanan parti.

Disebabkan itu katanya, Pemuda UMNO Bahagian Arau hari ini mengusulkan agar

parti memperkenalkan had tempoh bercuti untuk semua jawatan di dalam UMNO.

“Kita perlukan pelan jangka panjang dan sederhana untuk mengukuhkan parti tetapi presiden bercuti dan dipangku oleh timbalan yang kita tidak tahu sampai bila,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini