Hamilton pintas Bottas dalam sesi latihan di Perancis - Utusan Malaysia

Hamilton pintas Bottas dalam sesi latihan di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE CASTELLET, Perancis – Lewis Hamilton mencatat masa terpantas mengatasi rakan sepasukan, Valtteri Bottas yang menyaksikan Mercedes mendominasi sesi latihan bebas pertama menjelang Grand Prix Formula 1 Perancis, hari ini.

Juara dunia lima kali itu dan pendahulu senarai kejuaraan dunia pada ketika ini mencatat masa terpantas satu minit 32.738 saat (s) mengatasi rakan sepasukannya dari Finland dengan hanya 0.069s dalam sesi ujian yang berlangsung dalam cuaca panas terik di Litar Le Castellet.

Charles Leclerc yang memandu jentera Ferrari berada di kedudukan ketiga dengan lakaran masa 1:33.111s, manakala Max Verstappen dari Red Bull di tangga keempat dan juara dunia empat kali, Sebastian Vettel di tempat kelima serta keenam menjadi milik soarang lagi pemandu Red Bull, Pierre Galsy.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sepanjang sesi tersebut, keadaan permukaan litar tidak begitu memuaskan setelah beberapa pemandu termasuk Verstappen, Gasly dan Daniil Kvyat dari Toro Rosso gagal mengawal jentera masing-masing menyebabkan mereka terbabas.

Hamilton memenangi perlumbaan di sini, tahun lalu dan dia kini mendahului 29 mata mengatasi Bottas, musim ini, serta mengintai peluang untuk melebarkan kedudukannya menjelang perlumbaan, Ahad ini.

Bottas, bagaimanapun, gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlumbaan sejak Grand Prix Azerbaijan, mendakwa dia mampu untuk memberikan tentang sengit terhadap pemandu Britain itu.

“Jurang mata dengan Lewis, masih boleh dikejar. Kita masih ada 14 lagi perlumbaan dan banyak mata yang boleh diraih, jadi saya cuma perlu mencuba dan berusaha mencatat kemenangan bagi mendapatkan mata yang banyak.

“Jurang kami akan semakin mengecil dan saya akan memanfaatkan setiap peluang dalam perlumbaan hujung minggu,” kata Bottas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini