KUANTAN – Seorang guru menanggung kerugian setelah ejen pelancongan yang menawarkan pakej percutian ke luar negara ‘lenyap’ selepas bayaran sebanyak RM60,781 dibuat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 1 Januari tahun lalu, guru perempuan berusia 34 tahun itu mengenali seorang lelaki menerusi kumpulan WhatsApp ”Geng Buru Tiket Murah”. “Mangsa bersetuju supaya lelaki itu menguruskan trip pelancongan ke Jepun selama lima hari empat…










