SUNGAI PETANI – Pemuda MIC negeri mengambil inisiatif untuk membantu menyelesaikan masalah orang ramai apabila melancarkan program #GoAduan yang boleh dijadikan platform oleh masyarakat untuk menyalurkan masalah dihadapi mereka. Ketuanya, J. Jeevabalan berkata, aduan-aduan yang diterima pihaknya itu akan dipanjangkan kepada pihak terlibat atau wakil-wakil rakyat di kawasan yang terbabit. Menurutnya, program itu menunjukkan MIC prihatin dalam menangani isu-isu tempatan melibatkan masyarakat yang mungkin mengambil masa agak lama untuk diselesaikan sebelum ini. “Kita berharap dengan adanya platform ini, aduan daripada masyarakat melalui Pemuda MIC negeri dapat diselesaikan secara efisyen dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya