PUTRAJAYA – Pemuda Pakatan Harapan menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengenakan tindakan tegas terhadap UMNO berikutan menerima wang secara haram daripada syarikat milik kerajaan, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mendedahkan beberapa cawangan UMNO negeri menerima dana dari syarikat tersebut untuk kepentingan parti. “Mengikut pendedahan yang dilakukan SPRM, sejumlah RM212 juta dana telah dipindahkan daripada syarikat 1MDB…










