LONDON – Legenda Liverpool Steven Gerrard menyifatkan Jordan Henderson sebagai pemain profesional paling bernilai selepas mengetuai pasukannya memburu kejayaan Liga Juara-Juara. Liverpool memenangi gelaran Raja Eropah selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 pada perlawanan akhir di Madrid, dengan melalui fasa mengagumkan apabila membuat kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan 0-3 kepada Barcelona. Gerrard yang juga bekas ketua pasukan Reds mengakui kapten Liverpool itu berhak mengecapi kejayaan menerusi gaya kepimpinannya. “Ketika Jordan (Henderson) menjulang trofi, perasaan pertama saya adalah rasa bangga. “Bangga terhadap Liverpool yang kini kembali menjadi gergasi bola sepak Eropah dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya