LABUAN – Polis menahan 31 remaja yang masih bersekolah kerana menunggang basikal yang diubah suai secara berbahaya dalam ‘Op Basikal Lajak’ di Kampung Pohon Batu, di sini semalam. Ketua Polis Daerah, Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata, mereka yang ditahan berumur antara 10 hingga 17 tahun. “Dalam operasi dua jam yang dilakukan di Jalan Pohon Batu Pancur Hitam, bermula pukul 11 pagi hingga 12.20 tengah hari itu, pihak polis memeriksa kesemua…